Khamis, September 16, 2010

Mahal harga barang-barang di GIANT!

Hari ni cuti, so dapatlah keluar sama Baby...(^_^). Jam 10am Baby ambil sy di rumah. Wah! Segak oo Baby sy...hihi opps! Terlari pla dari tajuk...

Lepas tgk Resident Evil-Afterlife, kami p Giant beli barang2 sikit sblm balik. Kira2 mau dekat jam 4pm kami p kaunter mau p byr. Berikut adalah barang2 yang dibeli,

1. Giant Fish Chips RM7.99
2. Ramly Chicken Burger RM3.99
3. Nescafe Latte  240ml RM1.69
4. Twister Juice Orange RM7.49
5. Magic 101 Car Wash RM3.99
6. Giant Microfibre Clo RM4.99

Total : RM30.14

Kalau tgk btul kn mahal2 betul harga barang2 di Giant...di belakang harga mesti 99 sen. RM3.99 mcm RM3, padahal RM4...

Ahad, Ogos 01, 2010

Kembang Perawan


Penyanyi asal lagu berjudul Kembang Perawan ni ialah Gita Gutawa. Sy rasa dia sj yg ada suara unik mcm tu...walaupun ada ramai jg pendengar2 yg komen mengatakan dia sengaja buat2 suara mcm tu...ntah lah! Dorang jeles bai tu...
Tp bagi sy...ni lagu mmg best, apalagi kalau dia yang nyanyi...
So, bila terlampau fanatik mau dgr lagu c Gita ni...mcm excited pla mau nyanyi mcm dia...hehe jd dipendekkan cerita, sy p lah d youtube mau cr karaoke ni lagu...malangnya, sy x jumpa...adapun yg piano sj...sy hentam jalah...janji suara c Gita x hehe...sy guna lah software2 yg ada d laptop sy...TinG! Jadi lah ni video....(^_^) so enjoy it!

Jumaat, Julai 23, 2010

Tomorrow is Saturday!

I really love Saturday...why? Bcoz I only work half day. Saturday is the time that I can spend with my dear BABY...watch movie, shopping, games, sometimes K-box...hehe
I really love to have fun with my baby...I love him so much! (^_^)

Cerita sebelum tidur...

Cerita-cerita dongeng...............(^_^)

Selasa, Februari 23, 2010

Jom Cerita Pasal Tuaran!

Kali ni sy mau cerita pasal sejarah awal Tuaran. Bila sy cari sumber2 di internet, x byk maklumat tentang sejarah awal Tuaran. Kalau ada pun sikit ja...kebetulan tme buat tesis dlu sy buat kajian psl Perkembangan Pertanian di Tuaran, 1963 - 1995. Jd adalah maklumat2 yg sy kumpul. Sy hrp boleh kc tambah maklumat pasal Tuaran yg sedia ada....:-)

Sejarah Awal Tuaran


Persoalan mengenai bagaimana Tuaran mendapat nama merupakan suatu persoalan yang masih menjadi tanda tanya. Hal ini kerana, belum terdapat sebarang sumber yang benar-benar kukuh untuk dijadikan sebagai jawapan kepada persoalan tersebut. Berdasarkan sumber-sumber yang diperolehi oleh penyelidik, kesemua sumber berkenaan saling tidak menunjukkan perkaitan antara satu sama lain, malah menimbulkan percanggahan yang mengelirukan. Keadaan ini serba sedikit telah menyulitkan penyelidik untuk mengupas persoalan mengenai asal usul nama Tuaran yang sebenar. Walau bagaimanapun, sumber-sumber tersebut boleh dijadikan sebagai rujukan untuk mengetahui latar belakang daerah Tuaran secara umum.

          Sumber terawal mengenai asal usul nama Tuaran telah pun dicatatkan pada tahun 1813 oleh seorang rakyat British, iaitu Sir Stamford Raffles melalui surat yang ditulisnya kepada Setiausaha British di India untuk memohon kebenaran bagi memasuki Borneo Utara.[1] Sir Stamford Raffles selaku Gabenor British di Jawa ketika itu telah menggunakan pelawaan daripada Kerajaan Brunei sebagai alasan utama beliau untuk membuat permohonan kebenaran berkenaan. Tujuan pelawaan daripada Kerajaan Brunei kepada Sir Stamford Raffles adalah disebabkan oleh masalah lanun yang semakin berleluasa di Borneo Utara terutamanya di kawasan ‘Jawaran’.[2]

           Seterusnya, sumber kedua adalah berkenaan dengan Ekspedisi Panassang[3] yang dilakukan oleh para pasukan konstabel pimpinan Kapten John Smith pada Februari 1886. Ekspedisi berkenaan adalah bertujuan untuk menghapuskan kegiatan memburu kepala dalam kalangan penduduk tempatan terutamanya di Kampung Panassang dan lima lagi kampung yang lain, iaitu Sampang, Sirimboton, Tiangat, Sawar, dan Sigalow. Kesemua kampung tersebut telah dibakar oleh pasukan konstabel British sebagai tanda amaran kepada penduduk tempatan agar menghentikan amalan tradisi memburu kepala. Hal ini kerana, amalan tersebut telah menjejaskan pentadbiran British di Borneo Utara. Berdasarkan keterangan dalam Ekspedisi Panassang, ekspedisi ini boleh juga dikaitkan dengan satu lagi ekspedisi yang dikenali sebagai ‘Ekspedisi Tawaran’.[4] Kedua-dua ekspedisi ini mempunyai banyak persamaan dari segi fakta. Namun, sebab mengapa wujudnya perbezaan nama bagi kedua-dua sumber untuk merujuk kepada Tuaran masih tidak begitu jelas kesahiannya.      

          Disamping itu, terdapat juga sumber yang mengatakan bahawa nama Tuaran diambil sempena dengan nama sungai air tawar atau Sungai Tuaran,[5] iaitu satu-satunya sungai yang terdapat di daerah Tuaran. Walau bagaimanapun, nama Tuaran juga dikaitkan dengan nama ‘Tawarran’ sebelum diubah nama kepada ‘Tuaran’. Perkataan ‘Tawarran’ adalah diambil sempena kegiatan tawar-menawar dalam kalangan para pembeli untuk mendapatkan sesuatu daripada penjual. Kegiatan tawar-menawar dalam kalangan masyarakat Tuaran tersebut menunjukkan bahawa aktiviti perdagangan telah pun wujud di daerah berkenaan sebelum kedatangan pihak British. Aktiviti perdagangan yang dijalankan oleh masyarakat tempatan di daerah Tuaran lebih dikenali sebagai tamu[6] ataupun tamu mingguan.

          Sebelum kedatangan pihak British, Tuaran merupakan tanah jajahan kepada dua tampuk pemerintahan, iaitu pemerintah Kesultanan Sulu yang berpusat di Balambangan dan pemerintah Kesultanan Brunei.[7] Namun, Kesultanan Brunei lebih banyak menguasai kawasan Tuaran. Hal ini kerana, sebahagian besar daripada kawasan Tuaran dipercayai terletak di bawah jajahan pemerintahan Kesultanan Brunei.

          Ketika Tuaran berada di bawah taklukan Kesultanan Brunei, Tuaran telah mempunyai struktur pentadbiran yang lengkap dan teratur. Hal ini kerana, beberapa orang pembesar istana Kesultanan Brunei telah pun dilantik dengan gelaran seperti Datuk Bendahara, Datuk Temenggung, dan Datuk Syahbandar. Walaupun struktur pentadbiran semasa pemerintahan Kesultanan Brunei dikatakan tersusun dan serba lengkap, namun pelaksanaan oleh para pembesar yang diperintahkan untuk mentadbir kawasan-kawasan tanah jajahan baginda adalah berdasarkan budi bicara dan mengikut kemahuan mereka sendiri.  Hal ini telah menjejaskan pelaksanaan struktur pentadbiran Kesultanan Brunei. 

          Oleh itu, timbul perasaan tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan. Misalnya, seorang bangsawan Brunei yang bernama Shariff Jahir[8] ketika diberi kuasa mentadbir Tuaran telah bertindak melantik Nakhoda Radin yang berbangsa Dayak dan berasal dari Sarawak sebagai pembantunya. Shariff Jahir telah mengarahkan Nakhoda Radin untuk menjaga kawasan Tuaran. Selain itu, Nakhoda Radin turut berperanan dalam mengutip cukai daripada para penduduk tempatan. Campur tangan orang asing dalam soal pentadbiran di kawasan Tuaran dan ditambah lagi dengan pemungutan cukai yang membebankan, telah mendapat tentangan dalam kalangan penduduk tempatan. Reaksi negatif para penduduk tempatan akibat ketidakadilan struktur pentadbiran di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei, telah membawa kepada kesanggupan mereka untuk menerima pentadbiran daripada kuasa asing, iaitu pihak British.

          Keadaan ini dapat dilihat apabila tiada sebarang tentangan yang ketara daripada penduduk pribumi Sabah apabila dengan rasminya tanahair mereka diperintah oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB), iaitu pada bulan November 1881.[9] Begitu juga pada bulan November 1884, apabila Tuaran bersama-sama dengan Padas-Klias dan Bongawan telah diserahkan secara rasmi oleh Kesultanan Brunei kepada SBBUB dengan bayaran tahunan sebanyak $3,000.[10] Rentetan daripada penyerahan beberapa tanah jajahan Kesultanan Brunei kepada SBBUB telah menandakan bermulanya pemerintahan kuasa asing di daerah Tuaran.

          Pantadbiran SBBUB yang bermula pada tahun 1884 telah membawa kepada perlantikan seoarang ketua dari suku kaum Bajau, iaitu Pengiran Subudin sebagai Ketua Daerah untuk membantu Pegawai Daerah (DO).[11] Kemudian pada tahun 1887, seorang lagi ketua dari suku kaum Kadazandusun telah dilantik untuk membantu Pengiran Subudin melaksanakan hal ehwal pentadbiran daerah Tuaran. Tujuan pihak SBBUB melantik penduduk tempatan untuk menjawat beberapa jawatan dalam pentadbiran daerah Tuaran adalah untuk menunjukkan sistem pentadbiran SBBUB adalah bersifat tempatan dan bukannya bersifat pemerintahaan kuasa asing semata-mata. Pentadbiran daerah Tuaran dilaksanakan di sebuah Pejabat Daerah Tuaran yang ditubuhkan pada abad ke-19. Bangunan pejabat daerah Tuaran pada mulanya hanya merupakan sebuah pondok kecil yang dibina di sebuah kampung, iaitu Kampung Kota.[12] Penubuhan pejabat daerah tersebut bertujuan untuk memudahkan pihak SBBUB mentadbir para penduduk di daerah Tuaran.


[1] “Latar Belakang Sejarah Daerah Tuaran” dlm. http://www.sabah.gov.my/pd.trn/sejarah.htm.  
            (Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Tuaran), 24 November 2008.

[2] Kawasan Jawaran yang dimaksudkan dalam surat Sir Stamford Raffles kepada Setiausaha British di India
adalah merujuk kepada kawasan Tuaran. Berdasarkan surat yang ditulis olehnya, masalah lanun yang berleluasa di sepanjang kawasan milik Kerajaan Brunei iaitu Jawaran dan Jampasoo (Tempasuk), telah mendapat perhatian daripada pihak Syarikat Hindia Timur untuk menuntut keadilan di atas segala kemusnahan yang dilakukan oleh kegiatan lanun berkenaan. Maklumat lanjut sila rujuk, “Latar Belakang Sejarah Daerah Tuaran” dlm. http://www.sabah.gov.my/pd.trn/sejarah.htm.  (Laman Web Rasmi  Pejabat Daerah Tuaran), 24 November 2008.

[3] ‘Ekspedisi Panassang’ adalah merujuk kepada ekspedisi ke Tuaran yang terletak di kawasan Pantai Barat
Sabah. Maklumat lanjut sila rujuk, K.P. Tabrett, “Early Constabulary Expeditions in British North
Borneo, 1883 to 1888, dlm. Sabah Society Journal,  Vol. 15, 1998, hlm. 41-58.

[4] The British North Borneo Herald, 1 Mei 1886, hlm. 23.

[5] Sungai Tuaran yang terletak berhampiran pekan Tuaran penting sebagai satu alat perhubungan, pengangkutan, dan bekalan air tawar kepada masyarakat tempatan yang terdapat di daerah Tuaran. Maklumat lanjut sila rujuk, Profil Daerah Tuaran, Doket 33, Sabah: Arkib Negeri Sabah, hlm. 24.

[6] Sebelum kedatangan kuasa asing di daerah Tuaran, tamu merupakan sebuah pasar terbuka yang menjadi
medan perdagangan barter antara suku kaum Kadazandusun dan Bajau, seperti            hasil-hasil per-
tanian dan tangkapan laut. Tamu banyak terdapat di petempatan-petempatan utama seperti di Tuaran, Putatan, Inanam, dan Menggatal. Maklumat lanjut sila rujuk Gusni Saat, Komuniti Samah-Bajau di Bandar, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2003, hlm. 31-32.

[7] “Latar Belakang Sejarah Daerah Tuaran” dlm. http://www.sabah.gov.my/pd.trn/sejarah.htm.  (Laman       
              Web Rasmi Pejabat Daerah Tuaran), 24 November 2008.

[8] Profil Daerah Tuaran, Doket 33, Sabah: Arkib Negeri Sabah, hlm. 1.

[9] Pemerintahan secara rasmi SBBUB ke atas Sabah pada bulan November 1881, telah membawa kepada
kemunculan Sabah sebagai satu unit politik yang tersendiri. Hal ini kerana, sebelum pemerintahan SBBUB, Sabah terletak di bawah kedaulatan dua kesultanan, iaitu Kesultanan Sulu dan Kesultanan Brunei. Maklumat lanjut sila rujuk, Sabihah Osman, Pentadbiran Pribumi Sabah 1881-1941, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia-Yayasan Sabah, 1985, hlm. 15.

[10] D. S. Ranjit Singh, The Making of Sabah (1865-1941): The Dynamics of Indigenous Society Second
Edition), University of Malaya Press, 2003, hlm. 153.

[11] Noor Afni binti Mohd Jati, Adat Perkahwinan Masyarakat Bajau Pantai Barat: Satu Kajian di Kampung
Sungai Damit, Tuaran, Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah, 2006, hlm. 26.

[12] Nota Taklimat Daerah Tuaran, Pejabat Daerah Tuaran, 1991, hlm. 1.

Rabu, Februari 10, 2010

Waste Oil Collector

Lepas saja rehat, bos sy suruh bikin lakaran secara kasar untuk aparatus / radas 'Waste Oil Collector'. Bos bagi sy gmbar WOC yang sebenar berserta dengan ukuran & beberapa deskripsi yang ringkas. Punyalah lama sy buat, dari jam 2pm sampai jam 430pm. Bos sy bilang dia mau hari ni jg. Padahal banyak lagi tugas yang blum lagi sy kc siap. Invoice, purchase order, helaian-helaian kertas yang difaks dari HQ, Customer, & Transporter, etc...huhuhu ada lagi tu poslaju yang lambat hantar barang. Tidak pasal2 bos suruh juga sy call poslaju. Consignment Note dari kangaroo pun lambat betul mau sampai, 4th reminder sdh sy bagi sama kangaroo tu tau...! 

Tapi sy kc tenang ja lh hati sy, berdoa dalam hati supaya sy dapat kc siap semua kerja sy dengan baik. Walaupun bos ada kerut2 jg dahi dia, mungkin mau marah lah tu kan...sy x peduli lh yg penting kerja sy siap & tiada yang sy terlupa / tertinggal / tersilap ... Weh! Terlimpas pla cerita sy psl WOC. Kegunaan WOC diterangkan seperti berikut:    

"...collecting used oil from an engine and dispensing the oil into bottles, such as those in which replacement oil is provided." -- http://www.freepatentsonline.com/5360039.html

Ini lah lakaran kasar yang sy buat. Nasib baik bos sy x banyak komen huhuhu...




Selasa, Februari 09, 2010

Si Burung Pipit Yang Malang

8 Februari 2010 (Isnin)
8:55am

Macam besa bah sy buat kerja sy kemarin. Bos & 1 org lagi staf pun buat kerja masing-masing di ofis. Di luar ofis ramai pekerja dari China limpas2 baru mau p kerja di kilang-kilang sebelah. Saya memang selalu perhati pergerakan dorang, cepat ni dorang bjalan. Mungkin itu memang style doranglah kan...tapi sy bukan mau cerita pasal dorang. Lain kali baru sy story lah yang itu. Berbalik kepada tajuk utama...tme sy asyik2 tgk tu org2 China diluar limpas2, tba2 sy nampak seekor burung pipit terbang dari arah bertentangan lalu melanggar cermin yang menjadi dinding ofis kami. Laju lagi tu. BAM!~ Kuat bah bunyi...kecil lagi tu si burung pipit.




Teong: Mati trus bah tu burung pipit...knapa jugalah tu burung langgar tiba2 tu cermin...haha!


Bila sy dgr si Teong ckp mcm tu x jadi sy mau ckp 'kesian tu burung pipit'...lucu pla...kuat bah tu burung langgar cermin ofis kami. Bos sy pun pi tgk jg, dia pun tersengih-sengih jg pi tgk...C Teong pun kluarlh pi cek 'condition' tu burung pipit. Sy & bos tgk dr dlm ja...kaku sdh ni tu burung pipit. Mati sdh, mungkin patah2 sdh kali tulang di dlm...huhu Lepas tu C teong pun buang tu bangkai burung pipit di tong sampah besar di luar. Lucu pun ada kesian pun ada juga.
Sy rasa tu burung pipit ingat jauh lagi bah mungkin tu cermin...hahah!


*Pagi2 memang banyak burung pipit selalu terbang2 di luar ofis.*

Jumaat, Februari 05, 2010

MY OUTSTATION IN RANAU

Sewaktu saya bekerja di JPN dulu, saya telah ditugaskan untuk membuat kerja luar di Ranau untuk membuat banci pertubuhan. Banyak tempat yang saya kena pergi berdasarkan alamat-alamat yang telah diberi. Memang seronok dapat buat kerja luar di Ranau. Apalagi bila ditemani oleh orang yang saya sayangi...BABY...:-)





Baby saya memang sudah masak betul dengan tempat-tempat di Ranau ni, sebab dia memang anak kelahiran Ranau...memang membesar di Ranau. Jadi mudah kerja luar saya sebab Baby tahu banyak selok belok tempat-tempat di Ranau ni. Lepas saja siap kerja luar saya, kami pun pergi ke sebuah restoran untuk mengisi perut. Nama restoran tersebut ialah RESTORAN KALANGADAN. Saya order laksa seafood. Baby pula order mee sup.



Sedap betul makanan di restoran ni...lain kali kalau ada kesempatan lagi ke Ranau, restoran pertama yang akan saya kunjungi sudah semestinya RESTORAN KALANGADAN!

Jumaat, Januari 29, 2010

Bosan...

Hari ini merupakan 1 hari yang sangat membosankan. Fuh!

Jumaat, Januari 22, 2010

Kerja oh Kerja!

Dulu sebelum graduate...punyalah takut + risau + seram + fobia kalau tidak dapat kerja. Kalau boleh, mau sambung lagi ni study...tapi malas pula! Bah, siapa jugalah bah tidak takut + risau + seram + fobia jadi penganggur bah...apalagi jadi penganggur tetap!

Sekali lepas graduate...syukurlah juga...tidak jugalah betul-betul jadi penganggur tetap. Dapat kerja sudahkan.

Tapi kan...'panat' pula kalau sudah bergelar pekerja ni. Kena bangun awal, balik petang sudah. Tinggal tidur lagi bila balik rumah. Tidak macam dulu lagi dapat lagi tidur tengahari...huhuh

Bah...apa boleh buatkan, mau cari makan punya pasal.

-Kerja Oh Kerja-